‘Diving’ mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan mempunyai tiga (3) maksud iaitu terjun junam (“platform dive”), terjun udara (“sky diving”) dan akhir sekali ialah explorasi bawah air atau Selam (“underwater diving”). Individu yang menjalankan aktiviti menyelam pula dinamakan Penyelam (“Underwater Diver”). Aktiviti Selam boleh dibahagikan kepada empat (4) kategori utama iaitu selam permukaan, selam bebas, selam bekalan permukaan dan selam skuba.
Terminologi Scuba telah mula digunakan semenjak Perang Dunia Kedua dan pada awalnya ia merujuk kepada penyelam tentera Amerika Syarikat. Walaupun ia adalah berasal daripada perkataan S.C.U.B.A iaitu singkatan kepada perkataan “Self-Contained Underwater Breathing Apparatus”, namun perkataan ‘SCUBA’ telah diterima pakai sebagai satu perkataan asas di seluruh dunia dan telah dimasukkan ke dalam kebanyakan kamus termasuklah kamus terkenal Oxford.
Perkataan “Scuba” telah diadaptasikan ke dalam perkataan Bahasa Malaysia sebagai ‘Skuba’, dan merujuk kepada Kamus Dewan (edisi keempat, cetakan tahun 2010) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Skuba adalah alat yang terdiri daripada set pernafasan dan silinder (balang) udara mampat yang digunakan oleh penyelam untuk membantunya bernafas di bawah permukaan air.
Specialty Training and Services (STS) dengan kerjasama Dive Development Centre (Pusat Pembangunan Selam) telah memformulakan satu (1) latihan asas skuba yang berkesan terutamanya untuk agensi-agensi kerajaan. Bahan rujukan, latihan dan ujian di jalankan sepenuhnya di dalam Bahasa Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami;
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami;
atau menerusi Facebook Dive Development Centre